Peperiksaan Pertama Tahun 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PADA 20/02/12
KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMK TUNKU AMPUAN DURAH. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KETENANGAN HATI, KELAPANGAN MASA, KECERDASAN AKAL DAN KEMUDAHAN KEPADA SEMUA CALON-CALON UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN.
KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN GURU-GURU, MARILAH SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA ANAK-ANAK KITA BERJAYA BUKAN SAHAJA DIDUNIA MALAHAN DIAKHIRAT.
INSYAALLAH...

p/s kepada pelajar-pelajar :

BACA INI SEBELUM MENJAWAB,

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah

Kurniakanlah kami kefahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul serta ilham daripada para malaikat yang

hampir dengan Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

Ya Allah ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami dan sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah,

bila Engkau terima taubat kami dan Engkau ampunkan dosa kami , maka berilah kami kemuliaan dengan

mudah faham dan mudah hafal sehingga kami dapat menghafal semua ilmu yang kami pelajari dan juga

ayat-ayat al-Quran .

Ya Allah ,

kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kami sangka-sangka .

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنبَنْاَ وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ ، رَبنَّاَ آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ،

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

SEMOGA KALIAN BERJAYA :)


..WELCOME..



Salam kepada semua warga Stad~~
Diam tak diam sudah lamakan kita semua menerima
kedatangan PENGETUA kita yang baru.
Rasenya belum terlambat untuk kita semua ucapkan
"Selamat Datang" kepada pengetua
Nama pengetua baru :Pn.Hamidah Bt Burok
Pn.Hamidah merupakan pengetua cemerlang.
Pelbgai pembaharuan yang dibuat oleh pengetua baru kita.
Harap semua pelajar dapat mengikuti semua arahannya.
semoga Pn hamidah dapat meningkatkan prestari pelajar-pelajar
dengan caranya sendiri.

Hari ni 10/5 sekolah juga menerima kedatangan baru,
iaitu pelajar-pelajar Tingakatan 6 bawah.
Selamat Datang untuk mereka juga.
Diharapkan mereka akan memberikan contoh yang terbaik
untuk adik-adik di SMKTAD itu.

Persaraan Pengetua


Pada 28/1/11 pihak sekolah telah mengadakan sebuah majlis secara besar-besaran untuk
memberi penghargaan kepada pengetua yang bersara awal!!
majlis diadakan pada hari jumaat 28/1/11..majlis telah di adakan selepas majlis bacaan yassin
di Dewan besar SMKTAD..majlis tersebut turut dihadiri oleh pengetua dari sekolah-sekolah yang berdekatan dan dihadiri juga oleh pengerusi PIBG..
selain itu majlis itu turut di meriahkan sendiri oleh suami puan hjh.junaidah.
majlis yg diadakan sangat meriah!!.

*Kami di SMK tunku ampuan durah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
cikgu bersama suami..

Merentas Desa'11





pade 22hb januari 2011 sekolah telah mengadakan larian merentas desa.
larian bermula pada pukul 8.30 a.m. dimulakan dengan larian pertama
oleh pelajar2 perempuan tingkatan 6..
*pada pukul 11 a.m semua pelajar telah di minta untuk berkumpul di dewan skolah
bagi acara penyampaian hadiah..
pemenang tempat pertama : DATO ONN [DO]
pemenang tempat ke-2 : TUN PERAK [TP]
pemenang tempat ke-3 : DOL SIAD [DS]
pemenang tempat ke-4 : DATO ABDULLAH [DA]

12/1/11 [majlis persaraan En Zainordin a.k.a ckgu dino]




12hb yang lalu telah berlangsung nye satu majlis persaraan buat Cikgu Zainordin
atau lebih di kenali sebagai Cikgu Dino...
cikgu dino bersara atas pilihan sendiri.
semesti nya banyak jasa yang telah di berikan cikgu dino pade SMKTAD..
kejayaan SMKTAD dalam setiap pelawanan bola sepak adalah salah satu jasa yang paling berharga yang di beri oleh cikgu dino buat sekolah ini..antara pemain bola sepak yang berjaya
hasil dari didikan beliau adalah pemain kebangsaan iaitu AIDIL ZAFUAN & ZAQUAN ADHA..
selain menjadi seorang guru cikgu dino juga merupakan seorang jurulatih SKUAD NEGERI SEMBILAN DALAM LIGA MALAYSIA..

*kami di SMKTAD mendoakan agar cikgu dino sentiase di beri rezeki dan
di beri kesihatan yang sihat..amin :)))

PMR Students


Congrats Grad!
MySpace Graphics


Sekolah kembali

untuk semua pelajar SMKTAD hari persekolahan hampir tiba...semoga anda semua telah siap sedia untuk mengharungi sesi baru persekolahan 2011 pada 3 Januari 2011

Tahniah.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam keputusan PMR telah diumumkan...
TAHNIAH dan SYABAS :
kepada pelajar SMKTAD yang telah mendapat keputusan cemerlang 8A..kepada yang tidak berjaya anda masih ada masa untuk meningkatkan prestasi anda pada masa akan datang...tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pelajar yng telah mengharumkan nama sekolah........segala usaha kalian telah berhasil.....semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang

Deepavali

salam sejahtera untuk semua warga SMKTAD

kepada semua warga SMKTAD yang beragama hindu, SMKTAD mengucapkan Happy Deepavali..semoga perayaan cahaya pada tahun ini memberi kegembiraan kepada semua..
dan kepada warga SMKTAD juga selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung masing-masing

solat hajat di SMKTAD



MALAM INI (30/9/2010) AKAN BERLANGSUNGNYA
MAJLIS SOLAT HAJAT UNTUK SEMUA PELAJAR YANG
MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENTING PADA TAHUN
INI...PMR,SPM
PMR AKAN BERMULA PADA 5/10/2010..
DALAM MASA YANG SAMA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4 JUGA AKAN
MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PADA 11/10/2010.
DAN PELAJAR TINGKATAN 5 AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN
PERCUBAAN SPM UNTUK KALI KEDUA...
"KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR PELAJAR SMKTAD AKAN BERJAYA DALAM
SEMUA PAPER YANG DI JAWAB..DAN SEMOGA MEREKA TENANG KETIKA
SEDANG MENJAWAB...AMIN..."

Selamat Hari Raya AidilFitri




More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments


asalammualaikum..
rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA"
untuk semua pelajar di SMKTAD ini.
maaf andai selama blog ini wujud ada menyakitkan hati mana-mana
pihak yang tidak suka akan kewujudan blog ini..


*pada pelajar-pelajar yang mungkin ada menyakitkan hati cikgu,
cepat-cepat mintak maaf ok??hari rayakan hari yang mulia...
elok jika kita saling maaf memaafkan..ha!!! betul tak?

Peperiksaan percubaan SPM

assalamualaikum dan salam sejahtera

setelah seminggu murid-murid tingkatan 3 berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan percubaan PMR kini giliran murid-murid tingkatan 5 pula mencurahkan ilmu yang telah dipelajari selama ini untuk menjawab soalan Peperiksaan Percubaan SPM (16/8 - 3/9) ..
warga SMKTAD mengucapkan Selamat Berjaya

Peperiksaan Percubaan PMR

Salam untuk semua
Kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKTAD
SELAMAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK.
Semua guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua...

Majlis Anugerah Akademik




sekitar Majlis Anugerah Akademik (peperiksaan tahun)


Tahniah kepada yang berjaya...


Hari Anugerah n Program hati ke Hati

Buat pengetahuan semua:

Tarikh : 16 Julai 2010
Hari : Jumaat
Tempat : SMKTAD
Masa : 9.20 - 12.00 tghari

Berlangsung majlis Hari Anugerah Akademik Peringkat Sekolah
(peperiksaan pertengahan tahun) dan Program Hati ke Hati
...maka semua ibu bapa dan murid-murid SMKTAD dijemput hadir untuk membincangkan masalah pembelajaran anak-anak juga membincangkan untuk meningkatkan prestasi semua murid SMKTAD

Hari Anugerah dan Keusahawanan

Salam.

SMKTAD akan menganjurkan hari anugerah dan hari keusahawanan
pada...


Tarikh : 24 julai 2010
Hari : Sabtu

VIP : YM Raja Datin Seri Salbiah bt Tengku Nujumudin.
(tetamu terhormat)

Sekolah Kembali

setelah dua minggu bercuti ...kini semua pelajar dan guru kembali untuk meneruskan pencarian ilmu...selamat kembali ke sekolah...dengan azam dan tekad untuk berjaya

Sambutan Hari Guru SMKTAD


salam untuk semua...sebelum cuti sekolah bermula SMKTAD telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.pelbagai acara menarik berlangsung sepanjang hari


Selamat Hari Guru buat semua guru SMKTAD...

BULAN PEPERIKSAAN



SALAM SEJAHTERA...

Kepada semua pelajar SMKTAD bulan Mei merupakan bulan peperiksaan bagi pertengahan tahun sebelum kamu bercuti pada bulan jun...
pastikan persediaan untuk peperiksaan bulan mei pada 24 Mei 2010 ini lebih gigih daripada peperiksaan bulan mac yang lalu..
semoga peratus pencapaian individu (KPI) kamu terus meningkat ......



Mesyuarat Agung PIBG SMTAD

Untuk Makluman semua pelajar SMKTAD dan Ibu bapa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah akan berlangsung seperti butiran di bawah

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010 - 2011 SMKTAD

Tarikh : 31 Mac 2010
Masa : 2.30 Ptg
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Besar SMKTAD
Dirasmikan oleh : Yang Berusaha Tuan Haji Musa b Abdullah
Pegawai Pelajaran Daerah
Seremban Negeri Sembilan

kepada ibu bapa yang ingin mengemukakan usul kepada sekolah semasa mesyuarat tersebut boleh email kan usul tersebut ke email stad1929@gmail.com

semua Ibu Bapa dijemput hadir.

Jubli Emas SMKTAD

Sekitar majlis makan malam Jubli Emas

































Keputusan STPM

Salam untuk semua pelajar STPM 2009 tahniah dan syabas kepada yang berjaya.

SMKTAD mengucapkan Selamat Berjaya ke menara gading..


4orang pelajar telah memperolehi 4A









Untuk Semua

SambutanJubli Emas ke 50 SMKTAD 2010

Sempena ulangtahun Sek.Men.Tunku Ampuan Durah yang ke 50 tahun,
DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berbesar hati untuk mencemar duli ke Sek.Men.Tunku Ampuan Durah
pada :
Tarikh : 26 Feb 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Besar SMKTAD

sebarang pertanyaan sila hubungi :
Pejabat SMTAD : 06-7625590
Pn Hjh Junaidah bt Ibrahim(Pengetua) : 019-6210172
Pn Saripah bt Mohd Nor(PK Akademik) : 017-2800104
En Adam b Abdul Malek(PK HEM) : 019-9837119
En azizan b Abdul Aziz(PK KOKO) : 012-2748915
Datin Hazimah bt Che Embi (PK Pend Khas) :019-6509915
Pn Salbiah Sawal : 012-9780764
Pn Zuraidah Abd Razak : 019-2678779

sesiapa yang berkenaan dan berminat
Sila sertakan nama, alamat dan no telefon untuk kami hubungi
Terima Kasih...


sekolah kembali

SELAMAT DATANG

sedar tak sedar, sudah 4 minggu persekolahan berlalu..untuk itu selamat datang kepada pelajar tingkatan satu ke SMKTAD. semoga anda antara yang mengharumkan nama SMKTAD akan datang

TAHNIAH untuk semua pelajar PMR2009 kerana keputusan yang memeberangsangkan untuk SMKTAD..semoga anda juga antara yang bakal mengharunkan SMKTAD untuk result SPM akan datang..

kepada semua guru semoga bertugas dengan azam dan semangat yang membara untuk mendidik anak2 malaysia...

SPM DAN STPM

SALAM SEJAHTERA
akhir tahun ini peperiksaan SPM dan STPM merupakan agenda penting sekolah..manakala pelajar2 yang lain boleh menikmati cuti masing2 tetapi jangan sampai luper pelajaran.....
kepada pelajar2 jaga diri anda dan jauhi dari gelaja negatif semoga anda berjaya dalam hidup anda


Glitter Graphics



Good Luck Glitter Graphics

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA UNTUK SEMUA PELAJAR SMKTAD YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR YANG BERMULA PADA 07/10/09 HINGGA 13/10/09 SEMOGA KEPUTUSAN PELAJAR-PELAJAR DAPAT MEMBANGGAKAN PIHAK SEKOLAH..


SELAMAT HARI RAYA


KEPADA SEMUA WARGA SMKTAD, DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN..SEMOGA SEMUA NYA DI DALAM KEADAAN YANG SEJAHTERA

SELAMAT BERPUASA


Kepada semua warga SMKTAD
Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak...semoga ibadah kita diterima ALLAH swt agar dapat membersihkan diri dan hati kita dari sifat2 yang keji

Selamat Bertugas


salam untuk semua warga SMKTAD

seperti dimaklumi kita telah mendapat Guru Penolong kanan yang baru iaitu En Adam Malek bagi menggantikan En Borhan b Hashim. Selamat Bertugas kepada En Adam dan Terima Kasih buat En Borhan..........semoga warga SMKTAD memberi kerjasama kepada En Adam....


GOOD LUCK FOR STUDENT FORM 5..

SEMOGA BERJAYA UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5
YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN
PRA SPM BERMULA MINGGU HADAPAN IAITU
17/08/09 (ISNIN)



Good Luck


Comments from pYzam.com


3/08/09 hingga 7/08/09

PRA PMR
Good Luck for student STAD yang akan
menduduki PRA PMR pada hari isnin ini..
semoga berjaya..


Good Luck




New MySpace 2.0 Layouts


Jasamu dikenang

ucapan berbanyak-banyak terima kasih diatas sumbangan ckg Borhan kepada SMKTAD..kini ckg Borhan telah bertugas di SMK Senawang 3. Selamat bertugas..



Koir sekolah

Bukan sahaja pelajar smk Tunku Durah yang berbakat guru-guru SMKTAD lagiiiii berbakat....

pada 14 dan 16 Julai yang lalu pasukan koir guru SMKTAD telah mempersembahkan 3 buah lagu pada Persidangan Pengawai Pelajaran Daerah Peringkat Kebangsaan di Allson Klana

sEmogA pElajAr SMKTAD dijauhi dari INFLUEZA 'A'

Di seluruh dunia kini digemparkan dengan
wabak Influenza A H1N1..
Beberapa sekolah di Lembah Klang
telah tutup untuk sementara kerana
wabak tersebut..
Sekolah tersebut ditutup kerana pelajar
mereka disahkan terkena wabak Influenza A.
Sebuah sekolah di negeri sembilan juga ditutup
kerana Influeza A.Seorang pelajar perempuan di
Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua
di sini menjadi mangsa pertama influenza A (H1N1)
di negeri ini. Pelajar berusia 15 tahun itu disahkan menghidap
wabak berkenaan dipercayai berjangkit daripada
abangnya yang juga positif H1N1 selepas pulang
dari Melbourne, Australia baru-baru ini dan masih
di kuarantin di Hospital Seremban.
Pengetua sekolah berkenaan, Sua Sim Zang, berkata,
" Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan telah bersetuju
supaya sekolah ini ditutup buat sementara waktu dan kita
telah memaklumkan kepada ibu bapa menerusi e-mel."
Sim Zang menjelaskan, kesemua 46 pelajar kelas terbabit dan
14 gurunya telah diarah dikuarantin di rumah bagi tujuan pencegahan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS),
Datuk Abdullah Muhammad yang mengesahkan penutupan sekolah tersebut
berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta
ibu bapa sekolah berkenaan tidak panik.
Semoga pelajar STAD di jauhi dari wabak Influenza A...
WELCOME TO OUR BLOG