sEmogA pElajAr SMKTAD dijauhi dari INFLUEZA 'A'

Di seluruh dunia kini digemparkan dengan
wabak Influenza A H1N1..
Beberapa sekolah di Lembah Klang
telah tutup untuk sementara kerana
wabak tersebut..
Sekolah tersebut ditutup kerana pelajar
mereka disahkan terkena wabak Influenza A.
Sebuah sekolah di negeri sembilan juga ditutup
kerana Influeza A.Seorang pelajar perempuan di
Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua
di sini menjadi mangsa pertama influenza A (H1N1)
di negeri ini. Pelajar berusia 15 tahun itu disahkan menghidap
wabak berkenaan dipercayai berjangkit daripada
abangnya yang juga positif H1N1 selepas pulang
dari Melbourne, Australia baru-baru ini dan masih
di kuarantin di Hospital Seremban.
Pengetua sekolah berkenaan, Sua Sim Zang, berkata,
" Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan telah bersetuju
supaya sekolah ini ditutup buat sementara waktu dan kita
telah memaklumkan kepada ibu bapa menerusi e-mel."
Sim Zang menjelaskan, kesemua 46 pelajar kelas terbabit dan
14 gurunya telah diarah dikuarantin di rumah bagi tujuan pencegahan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS),
Datuk Abdullah Muhammad yang mengesahkan penutupan sekolah tersebut
berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta
ibu bapa sekolah berkenaan tidak panik.
Semoga pelajar STAD di jauhi dari wabak Influenza A...

No comments:

Post a Comment

WELCOME TO OUR BLOG