Hari Terbuka..

HARI TERBUKA SMKTAD
SEMPERNA SAMBUTAN
JUBLI EMAS 2009
Tarikh :27 jun 2009
Masa :8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat :Dewan Besar SMKTAD
Di rasmikan oleh :Pn Hajah Kalsom bt Khalid
(Ketua sektor jaminan kualiti)
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan
pada hari tersebut:
  1. Gerai Jualan
  2. Sukan & Permainan
  3. Cabutan Bertuah
  4. Pameran Agensi-agensi kerajaan dan swasta
  5. Pertandingan mewarna
  6. Bengkel kraftangan
  7. Pertandingan Karaoke
  8. Promosi IPTA/IPTS

HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH..

Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah
Peringkat Sekolah 2009

tarikh:26 jun 2009
hari: Jumaat
tempat: Dewan Sekolah SMK Tunku Ampuan Durah
Seremban

tetamu Khas:
EN ABDUL JALIL NASIR
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA
NEGERI SEMBILAN

tema:
INTEGRASI KOPERASI SEKOLAH
&
KOPERASI DEWASA TERAS KECEMERLANGAN

Majlis ini berlangsung bertujuan memberitahu warga sekolah dan masyarakat
setempat akan kewujudan koperasi sekolah.Ia juga untuk memberitahu peranan
yang dimainkan oleh koperasi untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai
jati diri yang murni selaras dengan prinsip,nilai dan amalan koperasi.Selain itu,
majlis ini untuk menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung iaitu:
-nyanyian lagu koperasi
-kuiz koperasi
-Penyampaian Anugerah Koperater Terbaik
-penyampaian cenderamata
-acara penanaman pokok
-nyanyian lagu koperasi telah di sampaikan oleh kumpulan koir sekolah bersama
dengan ahli-ahli koperasi.
Anugerah Kopereter Terbaik telah dianugerahkan
kepada PUAN SARIPAH BT DAIM.


Selamat tinggal.....

Pada 23/3/09 empat orang guru praktikal telah diarahkan untuk mengajar di SMKTAD,iaitu cikgu Zaid,cikgu Ami,cikgu Kamila dan cikgu Fadli
Pada hari ini 26/06/09 mereka akan menamatkan praktikal mereka di sini..
semoga mereka menjadi guru yang cemerlang suatu hari nanti..
insyaallah...dan diharapkan mereka tidak akan melupakan student SMKTAD..








kata-kata hikmah untuk panduan pelajar STAD

  1. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yangsetia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorongimpian.Sahabat berhati mulia membawa kitake jalan Allah.
  2. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir keranaberfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda keranabersenda itu akan membuatmuda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalahibudari segala ketenangan jiwa.
  3. Hadiah Terbaik :Kepada kawan - Kesetiaan,Kepada musuh - Kemaafan,Kepada ketua - Khidmat,Kepada yang muda - Contoh terbaik,Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan,Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan,Kepada manusia - Kebebasan
  4. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosimerupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
  5. Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat danorang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat ygtelah dicari
  6. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yangberkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagaipeluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semulake pada Ilahi
  7. keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
Hari Terbuka Semperna Jubli Emas
Bersama PIBG
Pada : 27 Jun 2009
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

gooD luCk to All student!!!!

sElAmAt MeNdUdUkI
pEpErIkSaaN pErTeNgAhaN tAhUN
TO aLL stuDeNt
SMK TUNKU AMPUAN DURAH

ALUMNI SMKTAD


MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MISKIN SMKTAD

tarikh : 17 mei 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
tempat : dewan besar SMKTAD
disempurnakan oleh :
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad b Hj Hassan


TERIMA KASIH kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad b Hj Hassan dan ALUMNI SMKTAD di atas keprihatinan membantu pelajar-pelajar miskin SMKTAD

Semoga ALLAH merahmati dan memberkati bantuan yang dihulurkan
kepada pelajar-pelajar SMKTAD semoga lebih bersemangat dan berusaha untuk terus berjaya


BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SEMOGA GURU-GURU MALAYSIA AKAN TERUS MENDIDIK BAGI MELAHIRKAN BANGSA YANG GEMILANG....SYABAS GURU MALAYSIA....

KEJOHANAN BOLA JARING MSSM TAHUN 2009.

SYABAS dan TAHNIAH !!
Pasukan Bola Jaring Bawah 15 tahun SMKTAD mendapat tempat KETIGA dalam Kejohanan Bola Jaring MSSM DAERAH SEREMBAN UTARA yang berlangsung pada 10 – 11 FEB 2009.
Para pemain terdiri daripada : Nur Atika, Nurul Nazira, Nur Alya, Adawiyah, Nadiah, Khairun Amira dan Siti Zubidah,Nurul Izzati , Nor Amira, Nor Syamimi dan Nurul Farah Hanim.

SYABAS dan TAHNIAH !!! Salah seorang pemain Pasukan Bola Jaring Bawah 15 tahun iaitu Siti Zubidah Binti Kamaruddin dari SMKTAD telah mewakili Negeri Sembilan ke peringkat KEBANGSAAN di Kejohanan Bola Jaring MSSM yang berlangsung di negeri Melaka
pada 16 – 21 Mac 2009.

Bulan PSS


Bulan Pusat Sumber

1 April 2009 - 27 April 2009
Majlis penutup akan berlangsung pada 27hb April 2009
Semua pemenang akan diumumkan dan diberi kan hadiah pada majlis penutup tersebut

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!!!!!!!


wajah-wajah ceria SMKTAD






TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA

Ucapan Pengetua SMKTAD


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur saya di atas satu lagi pembaharuan yang telah dicapai oleh SMKTAD di dalam bidang ICT. Terima kasih kepada En Zainal Abidin b Said selaku AJK PIBG yang telah bersama-sama menjayakan blog untuk sekolah.
Saya berharap dengan adanya kemudahan teknologi ICT ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada guru-guru, ibubapa, pelajar dan masyarakat untuk memberi pendapat atau pandangan yang membina bagi memajukan SMKTAD.
Kepada bekas-bekas pelajar SMKTAD yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing saya amat mengalu-alukan pandangan dan kehadiran anda ke sekolah semula untuk terus berhubung dengan sekolah bagi merancang kejayaan dan membantu adik-adik di SMKTAD untuk berjaya seperti anda.
Kepada ibubapa, marilah kita sama-sama mendidik dan membantu anak-anak kita agar mereka mampu mencapai impian mereka. Semoga dengan wujudnya blog ini, ibubapa, guru-guru, pelajar dan bekas pelajar SMKTAD akan terus menjalinkan hubungan yang baik demi kajayaan bersama.
Sekian terima kasih


TERCIPTA SEJARAH DI SMKTAD

Penciptaan sejarah barangkali terjadi secara tidak sengaja. Hari ini terlahir satu lagi sejarah yang bakal menambah koleksi sejarah SMKTAD yang bergermerlapan.

TAHNIAH DAN SYABAS
Smktad sekali lagi meningkatkan kecemerlangan
PMR
19 orang pelajar mendapat 8A

SPM
seorang pelajar berjaya mendapat 10A1

STPM
seorang pelajar mendapat 4A dan
2 orang pelajar mendapat 3A 1B

tahun ini juga SMKTAD menyambut JUBLI EMAS
WELCOME TO OUR BLOG